Kami telah berpindah

Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, kami telah berpindah ke

www.dgtalstudio.com

Advertisements

DIGITAL Studio CONTEST!!


TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

•Peserta wajib LIKE page DIGITAL_Studio (https://www.facebook.com/dgtalstudio) Jika tidak, penyertaan akan terbatal.
• Tema adalah ‘YOU & ME’.
• Terbuka kepada semua pengguna FB di Semenanjung Malaysia sahaja terutamanya yang merancang nak berkahwin. yang tak rancang pun boleh gak join. yang dah kahwin pun boleh join gak, boleh buat untuk shot family.
• Hanya 4 orang pemenang sahaja. Seorang pemenang untuk ‘HADIAH UTAMA’ & 3 orang pemenang untuk ‘HADIAH SAGUHATI’.
• Cara pengadilan adalah 50% daripada jumlah like & 50% lagi pemilihan dari pihak DIGITAL Studio (DS).
• Keputusan pengadil adalah muktamad.
• Pihak DS berhak menggunakan gambar pemenang secara softcopy/hardcopy bagi tujuan promosi.
• Tarikh akhir penghantaran gambar adalah 31 Disember 2011 dan tarikh akhir undian adalah 15 Januari 2012.
• Sebarang kos-kos tambahan (jika berkaitan) selain daripada hadiah yang tertera adalah ditanggung oleh pemenang.
• 40 LIKE diperlukan bagi melayakkan anda memasuki penyertaan ini. Tukang ‘like’ pun wajib like page DIGITAL Studio (https://www.facebook.com/dgtalstudio).
Jika tidak, anda tidak dikira sebagai peserta pertandingan walaupun gambar anda telah disiarkan.
• Hanya satu gambar sahaja untuk satu penyertaan.

CARA-CARA PENYERTAAN

• LIKE page DIGITAL Studio(https://www.facebook.com/dgtalstudio).
• Hantarkan gambar (JPEG format) anda ke email admin@dgtalstudio.com dan sertakan butiran berikut :
– Nama FB anda :
– Nama penuh Anda:
– Lokasi Anda:

HADIAH-HADIAH SEPERTI DI BAWAH :

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 77 – 89)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

2 – 3 MINGGU SEBELUM MAJLIS

77. Jadual acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting majlis.

78. Kemaskini jumlah tetamu yang diundang kepada pihak hotel atau katering.

79. Tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, jurufoto/juruvideo, dekorasi, kek, band music dan lainnya.

80. Sediakan susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi atau dewan serta lain-lain supaya kelihatan tersusun.

81. Mencuba busana pengantin lengkap dengan aksesorinya.

82. Periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya, bila ada yang harus disempurnakan.

83. Pastikan juga pakaian tema untuk pengapit pengantin lelaki dan wanita agar selari dengan konsep persandingan anda nanti.

84. Biasakan menggunakan kasut yang akan digunakan di hari pernikahan agar terasa lebih selesa.

85. Siapkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah mertua.

86. Lakukan urutan badan serta spa untuk menaikkan seri pengantin.

87. Lakukan rawatan rambut agar kelihatan kemas, menarik serta mudah diuruskan di hari persandingan anda.

88. Rawatan muka juga perlu agar muka tidak kelihatan lesu di hari bersejarah nanti.

89. Jangan lupa, jalani rawatan manicure dan pedicure.

Nantikan tip yang ke 90 hingga 96 (1 minggu sebelum majlis) selepas ini..

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 69 – 76)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

4 – 5 MINGGU SEBELUM MAJLIS

69.     Kad jemputan perkahwinan mula diedar.

70.     Ambil pesanan cincin perkahwinan.

71.     Mula memesan mata wang asing untuk berbulan madu.

72.     Orang-orang yang bertanggungjawab untuk melancarkan majlis perjalanan majlis mula agresif dalam proses terakhir.

73.     Membuat semakan checklist untuk memastikan semua sudah ditempah dan dilakukan.

74.     Bertemu dan berbincang bersama jurufoto majlis anda tentang konsep serta gambaran majlis yang anda mahukan di dalam gambar kenangan anda nanti.

75.     Pastikan juruvideo juga tahu akan perjalanan majlis serta tetamu mana yang anda mahukan berada dalam rakaman video itu nanti.

76.     Pastikan dulang hantaran telah siap mengikut warna tema yang telah ditetapkan.

Nantikan tip yang ke 77 hingga 89 (2 – 3 minggu sebelum majlis) selepas ini..

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 42 – 54)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

2 – 3 BULAN SEBELUM MAJLIS

42.     Daftar kursus kahwin bersama pasangan.

43.     Mendaftar di pejabat kadi. Isi borang permohonan dan sediakan segala dokumen yang berkaitan.

44.     Sertakan bersama surat akuan bujang yang disahkan oleh majikan anda.

45.     Dapatkan tandatangan jurunikah atau ketua wakil qariah tempat anda.

46.     Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

47.     Lakukan medical check up seperti ujian HIV

48.     Mohon cuti sekurang-kurangnya 2 mingga lebih awal.

49.     Maklumkan tentang perancangan perkahwinan anda itu kepada ketua jabatan.

50.     Siapkan semua kerja di pejabat yang telah dimulakan.

51.     Pastikan segala urusan di tempat berbulan madu sudah selesai.

52.     Buat passport jika perlu.

53.     Hubungi pereka pakaian pengantin anda untuk fitting.

54.     Persiapkan segala barang hantaran, lantik seseorang untuk persiapkan dulang hantaran.

 

Nantikan tip yang ke 55 hingga 68 (6 – 8 minggu sebelum majlis) selepas ini..