101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 42 – 54)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

2 – 3 BULAN SEBELUM MAJLIS

42.     Daftar kursus kahwin bersama pasangan.

43.     Mendaftar di pejabat kadi. Isi borang permohonan dan sediakan segala dokumen yang berkaitan.

44.     Sertakan bersama surat akuan bujang yang disahkan oleh majikan anda.

45.     Dapatkan tandatangan jurunikah atau ketua wakil qariah tempat anda.

46.     Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

47.     Lakukan medical check up seperti ujian HIV

48.     Mohon cuti sekurang-kurangnya 2 mingga lebih awal.

49.     Maklumkan tentang perancangan perkahwinan anda itu kepada ketua jabatan.

50.     Siapkan semua kerja di pejabat yang telah dimulakan.

51.     Pastikan segala urusan di tempat berbulan madu sudah selesai.

52.     Buat passport jika perlu.

53.     Hubungi pereka pakaian pengantin anda untuk fitting.

54.     Persiapkan segala barang hantaran, lantik seseorang untuk persiapkan dulang hantaran.

 

Nantikan tip yang ke 55 hingga 68 (6 – 8 minggu sebelum majlis) selepas ini..

Advertisements

The making of Studio Photoshot – Model Fifie

Studio Photoshot dianjurkan oleh Azam Aziz (Zoomer Photography Studio).
Dalam pembelajaran kali ini, 2 teknik lighting studio photoshot yang diketengahkan iaitu :

1. teknik ‘rembrandt’
2. teknik ‘butterfly’

Sedikit gambar yang sempat dirakam sewaktu sesi pembelajaran ini. nantikan kemunculan koleksi keseluruhan hasil 2 teknik studio photoshot ini.

This slideshow requires JavaScript.

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 19 – 41)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

4 – 5 BULAN SEBELUM MAJLIS

19.  Tempah waktu dan tempat pernikahan beserta jurunikah.

20.  Persiapan awal membolahkan anda membuat tinjauan akan harga da reka bentuk kad yang diinginkan.

21.  Bertindak lebih awal, anda bolah mendapatkan khidmat jurumekap kegemaran anda.

22.  Membuat pilihan tema warna busana serta bunga tangan mengikut kesesuaian.

23.  Menempah baju pengantin.

24.  Beli atau sewa busana untuk pengapit pengantin.

25.  Mula tetapkan dekorasi ruang majlis mengikut tema.

26.  Mula tetapkan dekorasi pelamin mengikut kesesuaian tema serta pakaian.

27.  Memberitahu seluruh ahli keluarga tema pakaian.

28.  Hubungi dan tempah jurugambar serta juruvideo kegemaran anda.

29.  Membuat tempahan awal kenderaan pengantin jika perlu.

30.  Tempah dan buat pemilihan kek pengantin.

31.  Tetapkan pengerusi majlis yang boleh menghangatkan majlis.

32.  Tempah PA sistem bagi memainkan lagu-lagu pilihan anda.

33.  Lantik DJ yang boleh memainkan lagu selari dengan kehendak anda.

34.  Tempah kumpulan pemain kompang.

35.  Jika berkemampuan, anda jemputlah kumpulan GAMELAN atau CAKLEMPONG untuk menyerikan majlis.

36.  Mungkin juga menarik jika menjemput penari kebudayaan atau penyayi jemputan.

37.  Menempah cincin perkahwinan untuk majlis nikah.

38.  Mula membeli barang hantaran satu persatu.

39.  Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah anda.

40.  Semak destinasi bulan madu pilihan anda.

41.  Pastikan tempahan sudah ditetapkan.

Nantikan tip yang ke 42 hingga 54 (2 – 3 bulan sebelum majlis) selepas ini..